Header Ads

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Juruaudit Gred W41|ADAKAH anda berminat bekerja dalam sektor perkhidmatan awam? Perhatian buat calon yang membuat permohonan jawatan Juruaudit Gred W41. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruaudit Gred W41.

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Sedia maklum, permohonan jawatan kosong Juruaudit Gred W41 akan dibuka sekiranya ada kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi SPA.

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Juruaudit Gred W41

Berikut adalah maklumat penting yang memaparkan gaji, kelayakan dan deksripsi tugas Juruaudit Gred W41:

Gaji Juruaudit Gred W41

◾ Gaji Minimum: RM 2,094
◾ Gaji Maksimum: RM 9,585
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Juruaudit Gred W41

Berikut adalah deskripsi tugas Juruaudit Gred W41:

Tugas Juruaudit Gred W41 adalah mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Syarat Kelayakan Juruaudit Gred W41

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Juruaudit Gred W41:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED W41

◾Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau

◾Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau

◾Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau

◾Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau

◾Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)

Join Group Telegram Exam Juruaudit 2018

KLIK>> https://t.me/rujukanjuruaudit2018

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Juruaudit Gred W41 tahun 2018! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

No comments

Powered by Blogger.