Header Ads

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018 Online

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018 Online|ADAKAH anda berminat berkhidmat untuk TLDM? Bilakah tarikh permohonan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Navy ambilan 2018 dibuka? Untuk makluman anda, permohonan Perajurit Muda TLDM siri 218/2018 telah dibuka sehingga bulan Mac 2018. Menerusi Laman Rasmi Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, bujang dan sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018 Online

Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal Jom Masuk Tentera.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 218/2018 secara online:

1. Calon perlu memasukkan maklumat
    peribadi yang lengkap di Portal
    Rasmi JOMMASUKTENTERA. Bagi calon
    yang layak akan dipanggil untuk
    menghadiri sesi pemilihan awal Perajurit
    Muda TLDM Siri 218/2018.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada
    bulan Mac 2018.

Iklan Permohonan Perajurit Muda Siri 218/2018

Berikut adalah iklan permohonan Perajurit Muda TLDM 218/2018 yang meliputi kelayakan akademik dan syarat kelayakan:

Syarat Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2017/2018

A) Kelayakan Akademik

1. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B) Syarat-Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

2. Taraf perkahwinan bujang.

3. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

5. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

6. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

7. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5kg (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Email: pengambilantldm@navy.mil.my
Tel: 03 - 2071 3303/3177

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegram: https://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Perajurit Muda TLDM sesi 218/2018!

No comments

Powered by Blogger.