Header Ads

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online|SPA8i merupakan satu portal yang diwujudkan bagi membuat permohonan kerja di sektor kerajaan. Pada laman SPA8i, anda boleh memohon jawatan mengikut kelayakan akademik masing-masing. Sebelum anda ingin membuat permohonan SPA8i, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan permohonan SPA8i secara online.

Artikel berkaitan:

Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online

Secara umumnya, permohonan jawatan SPA8i terbahagi kepada beberapa kategori pemohon seperti berikut:
  • Lepasan SPM
  • Lepasan STPM
  • Lepasan STAM
  • Latihan Separa Perubatan
  • Diploma
  • Ijazah/Sarjana/PHD
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Syarat Kelayakan Lepasan SPM

Bagi lepasan SPM, perlu ketahui syarat kelayakan untuk permohonan SPA8i:
  • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan atau ;
  • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut atau ;
  • Memenuhi syarat kelayakan bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu.

2. Syarat Kelayakan Lepasan STPM

Bagi lepasan STPM, perlu ketahui syarat kelayakan untuk permohonan SPA8i:
  • Menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran sebagai penanda aras prestasi akademik pelajar
3. Syarat Kelayakan Lepasan STAM

Bagi lepasan STAM, perlu ketahui syarat kelayakan untuk permohonan SPA8i:
  • lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin      ATAU
  • lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
4. Syarat Kelayakan OKU

Bagi Orang Kurang Upaya (OKU), perlu ketahui syarat kelayakan untuk permohonan SPA8i:

KLIK: Kelayakan OKU

Artikel berkaitan:
Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegram: https://t.me/rujukankerjayaspa

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui syarat kelayakan permohonan SPA8i dengan jelas! Terima kasih sentiasa bersama kami dari laman Myspa8i.net!

No comments

Powered by Blogger.