Header Ads

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19|
ADAKAH anda berminat bekerja dalam sektor perkhidmatan awam? Adakah anda ingin berkhidmat dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Untuk makluman anda, kini permohonan telah dibuka sehingga tarikh tutup 21 Januari 2018. Sebelum anda memohon, anda perlu ketahui terlebih dahulu syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ.

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Terdapat 296 kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ untuk ambilan 2018. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi SPA.

Gaji, Deskripsi Tugas dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 

Berikut adalah maklumat penting meliputi gaji, kelayakan dan deksripsi tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ:

Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 

◾ Gaji Minimum: RM 1,360
◾ Gaji Maksimum: RM 4,052
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100

Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 

Berikut adalah tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19:

Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah menolong dalam menjalankan operasi penguatkuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan kerja-kerja lain yang diarahkan dari pihak atasan.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
    pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada
    Gred KP19: RM1,360.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP19

3. Bekas anggota polis atau tentera yang
    sekurang-kurangnya berpangkat
    Konstabel atau Prebet atau yang setaraf
    dengannya dan telah disahkan dalam
    jawatan tersebut serta mempunyai rekod
    perkhidmatan yang baik dan
    berkebolehan bertutur, membaca dan
    menulis dalam Bahasa Melayu dengan
    memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada
    Gred KP19: RM1,360.00); atau

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan   
    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia
    Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya. (Gaji permulaan ialah pada
    Gred KP19: RM1,416.40); atau

5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia
    Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya. (Gaji permulaan ialah pada
    Gred KP19: RM1,472.80).

6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal
    dan pancaindera seperti yang berikut:
◾Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi
     lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
     bersepatu;
◾Berat badan sekurang-kurangnya 48kg
     bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
◾Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan
    (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
◾Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm
    ukuran dada yang biasa dan 84sm
    semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
◾Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata
     kiri dan kanan yang diuji berasingan
     dengan ketetapan V6/9 tanpa
     menggunakan cermin mata;
◾Pengecaman warna dan pendengaran
     yang tidak cacat; dan
◾Diperiksa dan diperakui sihat untuk
     berkhidmat oleh pengamal perubatan
     yang berdaftar.

Follow kami di Facebook https://www.facebook.com/Rujukan-Kerjaya-SPA-118067598890250/ dan ingin terima sebarang informasi terkini SPA di Telegram: https://t.me/rujukankerjayaspa

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong JPJ Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 ambilan 2018! Semoga anda berjaya untuk menduduki peperiksaan online dan seterusnya proses temuduga!

No comments

Powered by Blogger.